Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Jun 10, 2025 06:31
Usai sambutan rasmi, saya dan Presiden Poland Andrzej Duda @prezydentpl, telah mengetuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala serta pertemuan tertutup yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif. Pertemuan ini diadakan bagi menilai secara menyeluruh ruang kerjasama serta mengenal pasti skop hubungan yang boleh terus diperkukuh dan diperluaskan demi manfaat bersama kedua-dua negara. Sesi ini amat penting dalam konteks geopolitik dan ekonomi semasa, memandangkan keperluan untuk memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, terutamanya antara Malaysia dan negara-negara Kesatuan Eropah seperti Poland yang semakin memainkan peranan strategik di peringkat global. Mesyuarat ini telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk meneliti secara mendalam pelbagai bidang yang berpotensi untuk diterokai, termasuk sektor pertahanan. Kami turut membincangkan peluang dalam bidang kecerdasan buatan (AI), yang kini menjadi pemangkin utama kepada transformasi ekonomi digital di peringkat global. Selain itu, kedua-dua pihak turut menyentuh tentang perkongsian teknologi dalam sektor agrokomoditi yang boleh menyumbang kepada kelestarian industri makanan dan pertanian, khususnya dalam adaptasi kepada perubahan iklim. Kami juga membincangkan pelaburan dalam teknologi digital sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi masa hadapan, di samping menjajaki potensi kerjasama dalam industri halal yang semakin berkembang di Eropah dan mendapat permintaan tinggi, dengan Poland sebagai antara pintu masuk utama ke pasaran Kesatuan Eropah. // Following the official welcoming ceremony, President of Poland, Andrzej Duda, and I held a bilateral meeting in a constructive atmosphere to assess areas for cooperation and strengthen our relationship. This meeting was timely, considering the need for enhanced international collaboration between Malaysia and European Union countries like Poland, which is gaining strategic importance globally. We explored various collaboration areas, particularly in defense, addressing regional security and military technology. Opportunities in artificial intelligence, a major driver of digital transformation, were also discussed, along with sharing technology in the agro-commodity sector to aid sustainability and climate adaptation. Additionally, we examined investment opportunities in digital technology and potential cooperation in the rapidly growing halal industry, with Poland as a key gateway to the EU market. 🇲🇾 🇵🇱 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
+3
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads