Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|May 22, 2025 07:13
Pagi ini saya merasmikan pelancaran MaiStorage Technology Sdn. Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh Malaysia yang membawa warisan teknologi bertaraf global ke tanah air. Pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting yang mencerminkan usaha berterusan negara dalam memperkukuh ekosistem teknologi tempatan, khususnya dalam bidang semikonduktor. Ia juga melambangkan komitmen Malaysia dalam membangunkan keupayaan teknikal dan kepakaran strategik anak tempatan. Pencapaian ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan daya cipta dan inovasi, serta menjadi pemangkin kepada kemajuan pesat dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) berasaskan bakat dan kepakaran tempatan. Saya menyeru semua pihak, sama ada sektor awam mahupun swasta untuk terus berganding bahu dalam menggerakkan agenda digitalisasi dan AI negara. Keyakinan serta kerjasama menyeluruh amat penting untuk menjamin nilai tambah jangka panjang demi kemajuan bersama. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
+4
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads