Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Apr 24, 2025 09:42
Sewaktu mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-47, saya ulangi keperluan meningkatkan sinergi kerjasama dan perbincangan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan juga di antara negeri dalam usaha negara memperkukuh daya tahan domestik (domestic resilience) dalam ketidaktentuan ekonomi dunia melalui usaha-usaha mempercepatkan kelulusan projek-projek pembangunan yang akan membuka pasaran baharu. Pihak terkait perlu memperkemas dan menyemak semula Standard Operating Procedure (SOP) proses kelulusan pembangunan sedia ada dan memantau secara berkala supaya negara sentiasa peka dan pantas mengadaptasi terhadap perkembangan situasi global. Ini adalah ikhtiar Kerajaan MADANI supaya Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara yang berdaya saing dan menjadi destinasi utama pelaburan dalam rantau ini. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
+6
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads