Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Apr 18, 2025 07:53
Dalam sidang media di Bangkok hari ini, saya berkongsi hasil lawatan kerja bersama delegasi Malaysia ke Thailand, termasuk beberapa pencapaian penting dalam kerjasama dua hala susulan pertemuan dengan PM Paetongtarn Shinawatra semalam. Antara pencapaian paling bermakna ialah termeterainya perjanjian yang telah lama dinanti-nantikan bagi membolehkan pembinaan Jambatan Persahabatan Rantau Panjang-Sungai Golok, yang akan meningkatkan keterhubungan serta menyuntik nafas baharu kepada ekonomi tempatan di kedua-dua belah sempadan. Saya turut memaklumkan hasil pertemuan dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing semalam, di mana saya menggunakan kesempatan itu untuk menegaskan keperluan menghentikan pertempuran dan melanjutkan gencatan senjata bagi membolehkan akses bantuan kemanusiaan yang mendesak kepada rakyat Myanmar. Saya turut menyatakan keperluan memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua komuniti yang terjejas, tanpa mengira penjajaran politik mahupun geografi, dan beliau menyatakan komitmen terhadap perkara ini. Saya turut mengadakan pertemuan bersama Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi kepada Pengerusi ASEAN, yang diketuai Dr Thaksin Shinawatra dan dianggotai tokoh-tokoh kanan serantau, sebelum mengadakan pertemuan maya dengan U Mahn Win Khaing Than daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar. Saya akan membentangkan hasil pertemuan ini kepada rakan-rakan pemimpin ASEAN untuk tindakan selanjutnya. Saya percaya usaha mewujudkan keamanan berpanjangan di Myanmar akan lebih berkesan jika digerakkan di bawah kerangka ASEAN tanpa campur tangan pihak ketiga. Berakhir sidang media, saya langsung ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. Alhamdulillah, meskipun singkat namun lawatan kerja ini telah membuahkan hasil yany cukup bermakna untuk persahabatan erat Malaysia-Thailand dan komuniti ASEAN. ==== At a press conference in Bangkok today, I shared the outcomes of my working visit to Thailand, including key developments in our bilateral cooperation following my meeting with PM Paetongtarn Shinawatra yesterday. A major milestone was the long-awaited agreement of the Rantau Panjang–Sungai Golok Friendship Bridge. This project will boost cross-border connectivity and breathe new life into local economies on both sides. I also shared the outcome of my meeting with Senior General Min Aung Hlaing, where I underscored the urgent need to end hostilities and extend the ceasefire to allow humanitarian aid to reach the people of Myanmar. He conveyed his commitment to this effort. This message was echoed in my engagements with the Informal Advisory Group to the ASEAN Chair, led by Dr Thaksin Shinawatra, and during a virtual meeting with U Mahn Win Khaing Than of the National Unity Government (NUG). ASEAN must create the conditions for all parties in Myanmar to be heard as peace is not the prerogative of any one faction, and the future of Myanmar must be decided by its people. I will be briefing fellow ASEAN leaders on these efforts, which I believe are best advanced within ASEAN’s framework, free from any interference. 🇲🇾🇹🇭 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
+4
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads