Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Apr 14, 2025 11:25
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 2 Tahun 2025 dan menerima kemajuan pelaporan yang positif terkait dengan usaha memperkukuhkan landskap digital dan kecerdasan buatan (AI) secara menyeluruh. Tumpuan adalah mempercepatkan inisiatif penambahbaikan perkhidmatan Internet di Universiti Awam, perluasan aplikasi MyGOV Malaysia melalui pengintegrasian Pangkalan Data Utama (PADU) dan penyelarasan gagasan AI Negara. Fokus ini penting adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan digital serta kecemerlangan akademik, memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan, dan memastikan pembangunan AI yang bertanggungjawab dan beretika. Saya menegaskan kepada kementerian dan agensi yang terlibat supaya memastikan semua inisiatif pelaksanaan perlu mengambil kira kolaborasi merentas agensi, perkongsian infrastruktur, sumber, bakat atau sinergi kepakaran sedia ada dalam membina ekosistem digital yang inklusif dan mampan untuk kesejahteraan semua. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
+4
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads