Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|10月 31, 2025 05:59
Mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent. Beliau mengulangi penghargaan kepada Malaysia atas layanan baik yang diberikan kepada Presiden Donald Trump dan delegasi AS sewaktu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya sekali lagi sampaikan ucapan terima kasih kepada Presiden Trump atas kunjungan yang mencerminkan iltizam tinggi kepimpinan AS dalam memperkukuh hubungan dua hala yang konstruktif, saling menghormati dan membawa manfaat bersama. Saya menghargai peranan serta sumbangan beliau dalam memperkukuh kerjasama ekonomi global, di samping usaha memperluas jaringan pelaburan, perdagangan dan keamanan yang inklusif berasaskan dialog, keadilan serta saling memahami. Pertemuan kami hari ini secara tidak langsung meneruskan momentum hubungan erat yang telah terjalin semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan memberi ruang untuk kami membincangkan pelbagai aspek hubungan perdagangan serta kewangan antara Malaysia dan AS. Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh pertalian ekonomi dua hala, termasuk komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan Bank Negara Malaysia dalam memastikan dasar pertukaran mata wang yang berdaya tahan, kestabilan pasaran kewangan, serta tadbir urus yang telus dan berintegriti. Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat atas landasan prinsip keterbukaan, keadilan dan hormat-menghormati, demi menjamin kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau serta sejagat. ====== Held a meeting with the United States Secretary of the Treasury, Scott Bessent. Our discussion today continued the positive momentum established during the 47th ASEAN Summit, providing an opportunity to explore various aspects of trade and financial cooperation between Malaysia and the United States. Foto: Izzuddin Abd Radzak 🇲🇾🇺🇸 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #DiplomasiMADANI(Anwar Ibrahim)
+2
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads