Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Apr 10, 2025 12:16
Petang tadi turut menerima kunjungan hormat Naib Presiden Eksekutif Jepun dan Asia Pasifik bagi Oracle Corporation (Oracle) Encik Garrett Ilg serta delegasinya. Oracle adalah syarikat teknologi pengkomputeran utama dunia yang pada Oktober tahun lalu mengumumkan rancangan untuk melabur lebih daripada AS6.5 bilion untuk membuka rantau awan awam di negara ini. Pelaburan ini merangkumi lebih daripada 150 infrastruktur dan perkhidmatan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang akan membantu meningkatkan ekonomi digital negara serta memacu inovasi yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI). Perbincangan kami menyentuh potensi perkhidmatan-perkhidmatan yang dipacu AI termasuk yang disediakan oleh Oracle, malah saya bangkitkan kepentingan pengukuhan ekosistem bakat dan inovasi negara, termasuklah langkah-langkah bagi memupuk tenaga kerja mahir dengan kemahiran digital yang berkaitan dan keterangkuman digital. Ketika dunia berhadapan dengan ketidaktentuan tercetus dari perang tarif, Malaysia amat menghargai komitmen dan usaha merealisasikan pelaburan yang telah dirancang oleh pelabur-pelabur termasuk daripada Amerika Syarikat. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
+6
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads