
Anwar Ibrahim|Apr 04, 2025 10:07
Jumaat pertama dalam bulan April ini saya manfaatkan kesempatan yang ada bersama-sama masyarakat setempat dan jemaah Masjid Prima Saujana Kajang sekaligus merapatkan lagi silaturahim antara satu sama lain.
Saya sempat menyantuni dan beramah mesra bersama pengurusan masjid sewaktu makan tengah hari selain bertegur sapa dengan para jemaah.
Khutbah Jumaat bertajuk “Muhasabah Aidilfitri” jelas mengingatkan umat Islam bahawa perjuangan melawan hawa nafsu dan tipu daya syaitan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadan, sebaliknya berterusan ke bulan Syawal dan seterusnya.
Insya-Allah, proses berterusan ini menuntut keimanan, ketakwaan dan kesabaran sepanjang hayat dengan memperkukuh amalan soleh dan beribadat kepada Allah SWT sekaligus memperteguh hubungan dengan Yang Maha Esa dan memperbaiki silaturrahmi sesama manusia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink